My Photo
Hardworking Hijabi in the engineering rock world! Standing 4 Ft tall in a big scary world and SayAsUKaMakaN...:)

Wednesday, May 15, 2013

15 May 2013

Alhamdulillah...
Allah swt masih beri kesempatan untuk bernafas dibumi Allah...;)
Hari ni 15 May 2013 genap la saya berumur 28 tahun..
Lagi 2 tahun nak masuk 3 series.. Huhuhu...

Kandungan pun nak masuk bulan yg ke 4...
Lagi 5 bulan insyaAllah dapatlah kami lihat cahaya mata kami yg ke dua ni..
Ya Allah macam tak percaya..;)

Pengalaman mengandung kali ni sgt mencabar...
Alahan yg sgt teruk..
Sampai kehari ni masih takde selera makan.
Bila tak mkn bdn pun rasa lemah dan kadang2 sampai rasa nk pitam...
Mc pulak dh msk 2 minggu..

Tapi takpe semoga ada hikmah disebalik semua ni,..
InsyaAllah...

Tapi yg paling saya ingin mengucpkan ribuan terima kasih adalah kpd suami saya yg banyak bersabar dgn keadaan saya..
Setiap hari masak untuk saya..
Sediakan bekal untuk saya bwk ke office..
Tolong jg ilham...
Bersabar dgn mood swing sy yg tk menentu..
Ya Allah terima kasih...;)

Sepanjang mc hanya tidur je...
Bgn untuk solat, mandi dan mkn..
Kadang2 suami ajak berjalan iyerlah bosan kn terperap je kt rumah..
Tapi baru jln sekejap sy dh ajak balik,..
Tak larat sungguh...
Rasa nak pitam je....

Maksima masa berjalan pun 2 jam je yg sy mampu...
Ya Allah dugaan sungguh kali ni..
Tapi takpe sesungguhnya sabar itu manis buahnya..;)

InsyaAllah...

To my lovely husband...
Thank you..
I will always pray for you...
I will always love you..
I will always be with you...
InsyaAllah semoga semua impian kita akan jadi nyata satu hari nanti..;)
I know you can do it..
Don't give up coz i will always support n pray for you..;)
Thanks for being a great husband..
Thanks for taking care of me..
Thanks for everything...

Semoga Allah swt memberikan yang terbaik buat kita..
Semoga kasih dan sayang kita kekal hingga ke syurga...
Insya Allah... Ameen..;)

Thursday, April 18, 2013

Preganancy week 12..

Assalamualaikum....:)

Nampaknya perkembangan penulisan di blog semakin hambar..
Huhuhu...

Tak de selera nak update blog..
Kali ni pregnant agak mencabar..
Dengan tugasan di tempat kerja yg tk pernah habis..

Turun site panas2, meeting.. 
Tapi alhamdulillah saya ok..
Mudah-mudahan ada hikmah disebalik semua ni..

Masa Ilham dulu mungkin tak terasa sgt sebab masa tu saya full time housewife..
Seronok...
Huhuhu..

Saya memang berhajat besar mahu jadi full time housewife atau mungkin buat perniagaan sendiri..
InsyaALLAH satu hari nanti...

Sedih bila tgk anak2 membesar dgn org lain..
Saya taknk kehilangan momen2 indah dalam hidup anak-anak saya..
Saya mahu selalu disisi mereka saat susah dan senang mereka..
InsyaALLAH satu hari nanti...

Tapi saya lansung takde selera makan...
Tak tahu nak buat mcm mn..

Minggu depan kandungan saya masuk minggu ke 12..
Minggu terakhir trimester pertama..
InsyaALLAH semoga dipermudahkan segala urusan..
Amin..:)

Friday, April 12, 2013

10 weeks

Assalamualaikum...:)

Alhamdulillah now i'm 10 weeks pregnant...
Tapi saya lansung tak lalu makan...
Tak tahu nak makan apa..
Harap-harap masuk trimester ke 2 semuanya akan kembali normal..

Sekarang saya malas nak update blog..
Mungkin nak stop blogging...
Malas sungguh...

Cuti pun duduk rumah je..
Tidur..
Huhuhu..

Itu je yg termampu nak buat skrg ni..
Dekat office je cuba bertahan sampai waktu lunch..
Lepas makan terus g tidur..
Sampai pukul 2..
Hahaha...

Tiap2 hari tak sabar nak balik..
Adoi..

Ok lah..
Malas dah ni..
Salam..:)

Tuesday, April 2, 2013

Awkward Agama : Corakkan Keluarga Ikut Ketua Keluarga

Hidup aku sekarang ni ada kelam kabut sikit sebab aku tengah restructuring balik apa yang perlu financially sebab memikirkan nanti2 beban financial akan bertambah (kitorang beli rumah) Susah gila nak dapat rumah yang affordable ni..padahal bukannya affordable tapi sebab rumah dah jadi mahal sangat harganya...300 ribu ke bawah dah jadi affordable.

Gila kan? 300 ribu ke bawah berapa bayar bulan? RM1200 ke atas!

Orang selalu kata, kenapa nak kena risau2 hidup ni, just enjoy dan jangan fikirkan masalah2 yang ada, bila bangun pagi a new day, kan senang camtu? Aku rasa siapa yang cakap camtu mungkin dia takde anak atau dia terlalu kaya sehingga duit dia mampu beranak pinak. Aku orang working class...majoriti orang kita working class.

Sebagai seorang lelaki yang aku rasa ok la hidup, tak susah dan takde la senang sangat, nak melupakan masalah atau cabaran adalah sesuatu kemewahan yang aku tak mampu nak buat. Sebab once kau dah jadi bapak, kau bangun aje tidur kau kena fikir susu anak kau ada tak, pampers anak kau cukup ke tak, makanan anak kau ada tak bahan2 dia, selesa ke tak family kau hidup.

Semua benda tu ada orang kata share la, kongsi dengan isteri, padahal, benda camtu takleh nak share. Beban tu, sebenarnya suami yang kena tanggung. Isteri tak sepatutnya susah hati pasal benda camtu. Isteri, macam2 benda nak kena fikir. Tuhan cipta isteri boleh mengandung supaya dia tak perlu fikir masalah pasal  welfare family dia. Provider bukan isteri.

Orang kita, bila dah kahwin automatically assume lepas kahwin, beban menanggung keluarga dapat dikongsi bersama. Suami bayar itu, isteri bayar ini. Salah bang benda tu. Sepatutnya suami yang bayar semua benda dan isteri sepatutnya tak tanggung beban2 macam tu. Tapi ada suami yang gunakan kesempatan isteri dia kerja dan assume isteri pun perlu tanggung some part of the financial responsibility. Benda tu dah jadi kebiasaan sebab ramai orang kata "zaman sekarang kena buat camtu, kalau tak macam mana nak survive?"

Kalau kita cek balik apa yang agama suruh kita buat, benda tu jadi tak selari. Isteri tak sepatutnya kerja untuk sapot keluarga. Isteri sepatutnya kerja supaya dia mampu beli apa-apa yang dia suka.

Walaupun begitu, dalam satu sudut lain, ada jugak isteri yang ambik kesempatan dalam benda ni, khasnya isteri yang jenisnya meminta-minta....walaupun dia tahu suaminya sebenarnya hanya mampu 5, tapi dia mintak 10. Tak ada balance dalam benda ni sehingga membuatkan suami perlu mintak isteri sapot sama-sama.

Sebab tu, kalau kita tengok balik, semua statistik pasal pendapatan isi rumah, gaji isteri akan dimasukkan sekali. Dah jadi norma. Padahal gaji isteri tu tak boleh lah dikira sebagai pendapatan keluarga...melainkan, dia bagi. Sebab tu bukan tanggungjawab dia.

Cara paling mudah adalah, tengok gaji laki atau suami, tengok macam mana boleh hidup dengan nilai tu. Kalau isteri nak sumbang, sumbang. Tapi base value dia, kena ambik berapa suami boleh provide. Kalau suami mampu bayar Rm1500 sebab dia kerja kilang, pakai motor dan makan pun Rm3 sehari...takkan la kau sebagai isteri nak hidup macam orang mewah semata-mata sebab gaji kau double dia punya gaji, kan?

Kerana apa?

Sebab pada mulanya, memang la suami akan rasa lega isteri nak membantu. Tapi lama kelamaan bila "ketakutan untuk jadi provider" tu hilang dalam diri suami sebab dia tau, isteri ada....yang tu lah boleh jadi bergaduh tu. Especially kalau kes suami bergaji lagi kecik daripada isteri. Isteri akan ada ego dia (takyah tipu) dan suami akan jadi lemau dan malas. Kalau dia jenis lain, dia jadi malu pulak.

Bila dia jadi malu dengan diri sendiri, dia akan lupa yang dia ketua keluarga dan isteri akan take over tanggungjawab tu sikit-sikit. Dari kecik2 hal macam tu, akan muncullah kes suami kena arah dengan isteri dan suami hanya mengangguk atau dalam sesetengah kejadian yang aku pernah saksikan..isteri berani marah suami depan orang ramai.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang sangat valuekan berapa nilai pendapatan sehinggakan dalam bab siapa jadi ketua keluarga pun, ada yang gunakan berapa gaji yang dia dapat jadi berapa kuasa yang dia ada.

Point aku, isteri, boleh jadi kedekut dengan gaji dia.

Suami perlu paham benda tu. Suami kena pemurah dengan gaji dia sebab dia kerja untuk keluarga. Itu satu konsep yang agak susah nak dimplementkan dalam dunia sekarang ini yang benchmarknya adalah pendapatan isi rumah yang memerlukan ibu dan bapa kerja.

Aku baru potong Astro. Aku kira-kira...bayar RM90 sebulan. Bukak pun masa bola aje. Kalau takde live, aku carik stream kat internet. Kalau aku boleh tengok stream kat internet, kenapa aku perlu langgan Astro? Setahun berapa aku dah save tu? RM1080. Untuk sesetengah orang, itu gaji dia sebulan....aku buat bayar Astro semata-mata. Belum masuk caj terlambat bayar kena potong, ada reconnection fee.

Gila rasanya kalau difikirkan secara siuman.

Bagaimana kita boleh jadi masyarakat yang gemar berbelanja walhal sebenarnya kita tak mampu? Pelik kan? BR1M kita ambik sebab layak tapi pakej Mustika Astro ada dekat rumah...padahal kalau kau layak ambik BR1M, Astro adalah satu bentuk kemewahan yang expensive untuk kau.

Source: Cursing Malay : Terus Terang 

Wednesday, March 6, 2013

huhuhu...:)