Assalamualaikum...
Lama tak berupdate blog ni kan...?
Bz sikit la minggu ni...
Bz sikit la minggu ni...
Lagi pun tak berapa nak ada idea nk update..
Tapi sebab minggu ni dan minggu lepas tak miss tgk 30 minit ustaz Don..
Rasa nak update pulak hari ni...
Sepanjang minggu Ustaz Don tu citer pasal bab syarat sah solat iaitu menutup aurat.
Yang paling menarik dia cerita tentang "bonggol unta"
Korang faham maksud bonggol unta tak?
Korang pernah tgk unta?
Korang pernah tgk unta?
![]() | |
| Ha... ni la unta ataupun camel....;) |
Nampak tak bonggol belakang unta tu?
Itu la dia "bonggol unta"...
Lately ni kan banyak isu berkenaan perempuan yang pakai tudung tapi ada bonggol unta dekat atas kepala..
Sebenarnya banyak yg salah faham tentang bonggol unta ni...
Menurut ustaz don, bonggol unta ni kebiasaannya berlaku bila perempuan tu menambah bonjolan diatas ikatan rambut asal dan kemudian kelihatan tinggi drpd ikatan rambut asal..
Pada pendapat aku la kan klw rambut yang asal bila diikat tinggi pun takde la sampai menonjol sangat...
Yang ni pandang dari depan boleh nampak ikatan rambut belakang..
Canner tu??
Canner tu??
Contohnya...
Lebih kurang mcm ni la kan...
Klw rambut asli aku rasa tak boleh kot ikat sampai tinggi macam ni...
Aku pun tak paham kenapa suka sangat buat lain drpd yg lain...
Demi
kesejahteraan daripada segala bentuk bencana yang semakin menjadi2
terhadap anak gadis, mari kita mulakan perubahan ke arah yang lebih baik
terutama soal pemakaian. Akhir zaman mendesak kita supaya lebih kuat
menghadapi segala mehna dan pancaroba. Semoga Allah memberikan petunjuk
dan hidayah pada semua. Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda
:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
yang bermaksud :
Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :
2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.
* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Aku syorkan kepada semua jangan lupa menonton 30 minit Ustaz Don..
Sangat menarik dan sangat berilmu..
Bagus untuk semua...;)
Salam...

0 ♥♥♥:
Post a Comment
Assalamualaikum...
Silalah tinggalkan komen-komen anda yg chomel, menarik,sweet dan ikhlas untuk saya baca..:)
Sekian, terima kasih...
I HEART YOU